KENAPA COWAY DAN BUKAN PRODUK LAIN?
Ramai yang menhubungi saya dan bertanya tentang kelebihan produk Coway dan bukan produk dari jenama lain. Hari ini pelbagai jenama penapis air wujud di pasaran. Jadi, kenapa anda perlu pilih Coway:
1. Anda inginkan kualiti air yang paling tulen, baik dan bersih.
Kualiti air Coway adalah yang paling tulen di pasaran Malaysia hari ini. Ini kerana Coway menggunakan sistem penapis Reverse Osmosis (RO) berbanding produk lain yang hanya menggunakan sistem penapis Nano. Penapis sistem nano tidak dapat mengasingkan bendasing atau kotoran dalam air yang kecil saiznya. Penapis sistem nano hanya mampu menapis saiz kotoran sehingga 0.001 mikron tetapi reverse osmosis mampu menapis saiz kotoran sehingga 0.0001 mikron (500,000 kali ganda lebih kecil daripada rambut manusia). Hasilnya, air daripada sistem penapis sistem nano masih terdapat metal ion yang berbahaya seperti plumbum (atau lead). Plumbum dalam air, biasanya berpunca daripada sambung saluran paip yang diperbuat daripada besi, terutamanya sambungan yang sudah lama/tua. Kita tidak mampu untuk mengesan kandungan plumbum dalam air dengan deria rasa semula jadi (rasa, lihat atau bau) melainkan dengan ujian makmal. Air yang dicemari plumbum boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, carilah penapis air yang dapat menapis metal ion berbahaya ini. Saya sarankan anda untuk memilih penapis air yang menggunakan sistem reverse osmosis.
Gambar rajah di atas menunjukkan perbezaan jenis penapisan air. Kebanyakan produk penapis air jenama selain Coway hanya menggunakan sistem Nano. Produk penapis air Coway adalah satu-satunya yang mampu untuk menapis metal ion yang merbahaya. Antara metal ion merbahaya yang hanya dapat ditapis oleh produk Coway adalah:
+ Barium
+ Cyanide
+ Lead
+ Plumbum
+ Arsenic
+ Dan banyak lagi.